Sabtu, 16 Februari 2008

Kenapa Mak lama tak tulis blog.

Selamat Menyambut Chap Goh Mei.

Kepada semua pembaca-pembaca Mak baik lelaki, perempuan, adik-adik, janda-janda, duda-duda, abang-abang (mintak-mintak semua bermisai la ahaks), hadik-hadik (lain maksud dia daripada adik-adik ya), hakak-hakak (perkara sama juga dgn adik-adik), mak-mak hayam, ada nama ke, tanpa nama ke, besar ke minimal ke, askar ke, bombe ke, Mak menyusun sepuluh jari, minta maaf banyak-banyak sebab dah lama tak tulis blog.

Lepas buat show kat rumah Nancy Foo hari tu, Mak ditimpa kemalangan. Buah dada Mak ada masaalah sedikit. Nanti Mak ceritakan apa yang terjadi pada entry yang akan datang. Sedih la hati Mak, duit buat show habis bayar bil doktor kat Singapore. Cik suut Mak dibuatnye.

Walaubagaimanapun, Mak mengambil kesempatan ini (Mak mmg suka ambik kesempatan lebih-lebih lagi ke atas abg misai hihi), untuk mengucapakan ribuan terima kasih kerana sokongan semua pembaca-pembaca Mak yang tidak putus memberikan komen-komen dan ada juga yang ajak romen ( syoknya jadi blogger!).

(Radio di atas peti ais, sedang memainkan lagu Ramlah Ram, Kau Kunci Cinta Ku)

Mak tak sihat sekarang ni. Mak sakit Nyah. :(

Isnin, 4 Februari 2008

Terima Kasih Daun Keladi

Aduh penatnya hari ni. Malam tadi Mak baru habis buat show "Tiru Macam Mak" dekat Laundry Bar, The Curve dengan sekumpulan pondan dari Kuala Kubu Bharu, Selangor. Nama kumpulan pondan tu KKBHP (singkatan untuk Kuala Kubu Bharu Post-Pondan). Kelassss persembahan KKBHP tu. Ada yang jadi Sahara Yaakob, ada yang jadi Kak Nita , ada yang jadi Whitney Huoston (nasib baik tak payah make-up, sbb dia mmg hitam, thanks Saraswati) macam-macam la pondan-pondan tu jadi. Ramai jugak anak-anak ikan yang patah riuk datang.

Mak sampai rumah dalam pukul 4 pagi. Terus pasang lagu "Faith" oleh George Michael, Mak on computer, Ya Rabbi, banyaknye komen Mak dapat. Menitis air mata pondan Mak, habis bedak kat muka. Dah sudah, tak da maknanye menangis, teruskan menulis, hati Mak berkata.

Tak sangka penulisan pondan mendapat sambutan hangat. Tiba-tiba je Mak rasa blog Mama Jawa makin popular pulak (biasa la pondan mcm Mak ni kan memang cepat perasan). Tapi tanpa sokongan oleh pembaca-pembaca, Mak takan sampai sejauh ni. I love you all, nanti Mak jemput semua tengok "Pondan, The Show". Mak janji semua orang dapat guestlists. Muaaaahhhh....

Selain daripada sokongan pembaca-pembaca semua, sokongan boyfren Mak, budak Ampang tu jugak, memberi semangat. Dia selalu tanya Mak, salah ke jadi "Lelaki Ampang"?.
.....sabar la sayang, bila show semua dah habis, I akan tulis blog untuk memberi semangat kepada semua lelaki Ampang....

Ok la semua, Mak penat sangat ni. Besok malam Mak ada private show kat rumah Nancy Foo dengan aqua-aqua cina untuk Gong Xi Facai. Kepada anak-anak ikan, kalau belom buat tetek palsu, minta je limau mandrin dari rumah apek sebelah.

Jangan lupa baca blog Mak ya.

Kenapa Mak tulis blog? Bab 2

Seperti yang Mak jelaskan pada entry "Kenapa Mak Tulis Blog? Bab 1', blog Aku Tak Peduli membuatkan Mak rasa terpanggil untuk bergiat dalam penulisan blog-blog Melayu. Setelah berkali-kali membaca Aku Tak Pedulik, hati Mak yang lembut ini berdebar-debar rasa macam first time dapat bersama lelaki idaman Mak ( John I still remember your hairy arms). Ok la jom teruuzzzz cite pasal blog, nak meleret-leret lak pasal lengan berbulu si John (Mak dah tak kuasa dah nak layan kau John, sundal!).

Pengalaman dan pemerhatian Mak selama 7 tahun di Sri Lanka, mengajar satu perkara pasal orang berkulit hitam. Mereka di sana tidak pernah membenci dengan apa-apa gaya atau fesyen yang kawan-kawan, musuh-musuh, bintang-bintang filem, penyanyi-penyanyi mereka pakai. Mereka tidak mengutuk kaum mereka sendiri hanya kerana memakai sari ketat ke(skinny sari) , sari hijau pisang ke, sari gambar sabut kelapa ke, sari kaler rempah ke, sari merah menyala ke dan ada yang jugak tu pakai sari hitam tengah-tengah malam (pap kena langgar dengan dengan motor masa lintas jalan, sesuai muka si Amutha Ponggaili tu). Yang lelakinye pulak, lagi teruk, pakai bellbottom kaler kuning, dengan kemeja warna maroon (tak macam kek lapis Sarawak ke?). Tapi tak da sape-sape pun kisah pasal apa yang mereka pakai.

Hitam-hitam kulit mereka pun, mereka tidak pernah sama sekali menghina, mencaci, menyoal, membenci apatah lagi tulis blog pasal sari-sari dan pakaian-pakaian yang kaum mereka pakai. Sebaliknya, mereka berusaha sama sendiri tanpa menyoal pasal pakaian, untuk membangunkan anak bangsa mereka untuk berjaya. Hidup mereka penuh dengan warna-warni kegembiraan untuk terus maju. Bukan seperti di negara kita ni, ada yang sanggup menghina, membenci, menjadi jugdmental, malah menulis berjela-jela panjang seperti Aku Tak Peduli pasal pakaian dan fesyen kaumnya sendiri (rujuk la ke Aku Tak Peduli: Trend Terhangat 2007, No. 3 Fesyen Acuan Topman).Harap-harap Melayu Minamalis tu straight la, kalau dia pondan macam Mak ni, amat memalukan kaum-kaum nyah di Malaysia ini. Kepada pembaca-pembaca Mak, Mak nak minta tolong ni, ada tak gambar Melayu Minamlis tu? Mak nak tengok, fesyen sangat ke dia tu? Tolong hantar kan gambar dia ye. tapi kalau dia hairy, Mak goyang gak.

Sehingga berjumpa lagi, boyfren Mak budak Ampang tu dah lima kali ajak masuk bilik.

Ahad, 3 Februari 2008

Kenapa Mak tulis blog? Bab 1

Sebenarnya Mak malu untuk melibatkan diri di dalam dunia blog-blog Melayu ini. Setelah 7 tahun berada di Sri Lanka, bekerja sebagai orang tengah ("middle nyah") di dalam industri kain-kain sari dan juga teh serta kopi+teh ("koteh"), Mak pulang ke Malaysia pada tahun 2007.

Korang semua nak dengar ke? Ala malu la.... panjang sangat mcm Rocco punya.

Tiba-tiba je selepas, surfing www.nyah.com, Mak rasa bosan dan mula la Google "lelaki Melayu", "Abg Misai Kesunyian", "Duda Gersang", "Konek Melayu", "Melayu Gersang" dan Man Bai Gersang (yang ni Mak Tambah je nak kasi nampak funny"). Tapi Man Bai tu can do jugak. Setipa kali Mak google benda-benda di atas, mesti keluar "Melayu Minamalis" dan blog dia "Aku Tak Peduli".

Mula-mula Mak buat tak reti je sebab Mak fikir, Melayu Minamalis tu, barang dia pun mungkin minimal jugak dan dia tak pedulik pun pasal barang dia. Sebab tu blog dia nama "Aku Tak Pedulik". Tapi selepas Mak baca blog dia, baru la Mak tau. Blog dia tu bukan pasal barang minimal tapi pasal kehidupan yang orang-orang Melayu di Malaysia ini. Mak rasa sungguh terharu dengan idea-idea yang disampaikan oleh Melayu Minimalis tu. Mak rasa masih ada juga Melayu intelek yang masih wujud di Malaysia ini.

Blog Aku Tak Peduli membuatkan Mak rasa untuk menulis blog. Blog Mak ini akan berdasarkan idea-idea Aku Tak Pedulik tetapi dari pandangan mata seorang lelaki Melayu yang berjiwa perempuan.

Sehingga berjumpa lagi. Jangan lupa baca Kenapa Mak Tulis Blog? Bab 2. Can do tau.